Tip cara belajar saat akhir/ last
minit
MASALAH:KEBANYAKAN PELAJAR SUKA BELAJAR SAAT AKHIR
PENYELESAINYA:TIP INI DAPAT
MEMBANTU PELAJAR BELAJAR DISAAT AKHIR DENGAN EFEKTIF.
1.
Muhasabah diri. Ada orang yang mengharapkan gagal atau lulus, ada yang
mengharapkan dapat A atau sebagainya. Tanya diri, sebenarnya mampu setakat
mana. Jika anda berusaha saat akhir setakat mana gred yang anda dapat? Jika
anda sudah tahu berapa anda dapat, anda kena menerimanya. Tetapi, kemungkinan
anda dapat keptusan seperti diinginkan masih ada. Contohnya ada orang selalu
gagal di sekolah dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, tetapi dia berusaha
saat akhir tanpa jemu dan akhirnya mendapat gred C. Hal ini memang selalu
terjadi. Ada juga orang yang mendapat C, tapi apabila berusaha saat akhir
mendapat A. Ini bukan cerita dongeng, yang penting gunakan saat akhir ini untuk
2.
Jangan putus asa. Selagi kertas soalan belum dijawab, selagi itu masih ada masa
untuk ulang kaji. Jika sudah hantar kertas jawapan, barulah habis segala usaha
kecuali doa. Jangan sudah habis menjawab baru menyesal tidak menggunakan masa
yang ada ini untuk ulang kaji. Sudah habis SPM nanti sudah tidak ada apa-apa
untuk dibaca, jadi sementara masa masih ada ini baca sajalah apa yang ada.
3.
Hapuskan tabiat tidur terlebih atau terkurang. Masa macam ni patutnya tidur
pukul 12 tengah malam dan bangun pukul 6 pagi bersamaan 6 jam. Biasanya apabila
tak faham akan terus tidur, sepatutnya tukar ke topik lain, jangan memaksa
diri.
4.
Sekat hiburan. Selepas SPM, semua orang akan ada masa 5 hingga 6 bulan bercuti.
Buat apalah main game, dengar muzik, main Facebook, main internet dan tengok tv
pada masa ini. Yakin dan percayalah, selepas SPM ramai yang tak tau nak buat
apa. Oleh itu, sementara masa masih ada ini, gunakan masa untuk menghafal dan
memahami pelajaran.
5.
Jangan buat benda pelik. Biasanya waktu-waktu macam ini akan ada macam-macam
benda pelik berlaku. Contohnya jangan makan makanan yang tidak biasa makan,
kerana bimbang akan sakit perut. Ataupun tiba-tiba ingin bersukan, bimbang juga
nanti akan tercedera. Jangan juga makan ubat tahan tidur dan pil-pil yang tak
sepatutnya.
6.
Ulangkaji soalan ramalan SPM. Perlu diingat bukan 100% tepat ramalan ini, tapi
jika terdesak memang sangat membantu. Biasanya cikgu ada tajuk-tajuk yang
mengikut pengalamannya akan keluar. Kalau soalan matematik itu buatlah latihan
soalan tahun lepas sebab memang akan keluar soalan yang lebih kurang serupa.
7.
Belajar bijak. Jika nak baca satu buku memang tak akan dapat faham semua.
Sekurang-kurangnya tengok soalan apa yang biasa keluar dalam soalan tahun lepas
dan nilai diri sama ada soalan ini boleh buat atau tak. Jika tak boleh buat,
sila tumpukan kepada tajuk yang rasa-rasa boleh buat.
No comments:
Post a Comment