CARA MEYELESAIKAN MASALAH:MUNGKIN TIP INI DAPAT MEMBANTU ANDA MENINGKATKAN GRED DALAM BAHASA INGGERIS.
TIP BELAJAR BAHASA INGGERIS★
Bagi anda yang selalu menonton filem-filem atau cerita animasi, anda
digalakkan untuk menonton filem/dokumentari yang menggunakan Bahasa Inggeris
atau filem-filem luar negara yang menggunakan sari kata Bahasa Inggeris.
Elakkan daripada menggunakan sari kata Bahasa Melayu. Ini bertujuan agar anda
dapat menambahkan vocabulary anda seterusnya berupaya membina tatabahasa.
Namun, jangan pula terikut-ikut dengan ciri-ciri negatif yang ditayangkan oleh
filem-filem ini. Cari filem yang sesuai dengan anda.
Tip 2: Games yang menggunakan Bahasa Inggeris
Jika anda merupakan gamers tegar, dalam konteks ini, permainan seperti DotA
atau Pro Evolution Soccer mungkin tidak banyak membantu dalam meningkatkan
penguasaan Bahasa Inggeris anda. Carilah permainan yang banyak menggunakan
Bahasa Inggeris sebagai satu daripada ciri-ciri permainan itu sendiri. Dengan
ini, akan akan selalu membelek kamus bagi mengetahui maksud perkataan yang anda
kurang fahami.
Tip 3: Salin perkataan beserta maksud
Salin perkataan dan maksud yang anda baru perolehi dan letakkannya di
tempat yang selalu anda kunjungi. Jika di asrama, mungkin meja belajar anda
adalah tempat yang paling sesuai. Di rumah pula, anda boleh tulis pada sticky
notes, kemudian letakkannya di pintu peti sejuk atau meja komputer anda. Ini
bertujuan agar anda sentiasa melihat perkataan tersebut dan proses ini akan
lebih menguatkan daya ingatan anda terhadap Bahasa Inggeris.
Tip 4: Rahsia Semua Bahasa Adalah Praktik!
Sebenarnya, rahsia semua bahasa di dunia ini adalah praktikaliti. Jika anda
sekadar mengetahui teori, tetapi tidak mempraktikkannya, anda tidak akan dapat
menguasai bahasa tersebut, hatta bahasa itu merupakan bahasa yang paling mudah
di dunia. Latihan demi latihan diperlukan agar anda dapat menguasai bahasa
selain daripada bahasa ibunda anda.
Jika anda tidak tahu bagaimana untuk mempraktikkannya, atau anda malu untuk
mengucapkan bahasa ini di hadapan orang lain. Tip ke-5 ‘cara mudah belajar
Bahasa Inggeris’ ini mungkin dapat membantu anda.
Tip 5: Membuat latihan di hadapan cermin
Jika anda malu untuk menggunakan Bahasa Inggeris di hadapan orang ramai, anda
boleh menggunakan cermin sebagai refleksi bagi menggambarkan anda sedang
berkomunikasi dengan orang lain. Dengan menggunakan cermin sebagai refleksi
orang lain, anda dapat menghilangkan perasaan gemuruh anda, seterusnya membina
keyakinan anda dalam berbahasa Inggeris.
Akan tetapi, jangan terlalu bergantung kepada cermin untuk membina
keyakinan diri. Keyakinan daripada hasil latihan ini hanya berguna untuk anda
mula berkomunikasi dengan orang lain dan ia tidak dapat membantu selamanya.
Anda perlu juga sekali-sekali berhadapan dengan manusia sebenar yang boleh
diajak berkomunikasi dalam bahasa ini.
Tip 6: Ubah Gaya Pemikiran Anda
Sebenarnya tip terakhir bagi artikel ’6 cara mudah menguasai bahasa
inggeris’ ini merupakan kunci yang paling penting untuk anda menguasai Bahasa
Inggeris. Anda perlu ubah dahulu pemikiran anda yang mengatakan bahawa, “Saya
lemah/tidak boleh berbahasa inggeris“. Sekiranya anda dapat mengubah mind set
ini, anda pasti dapat menguasai Bahasa Inggeris, percayalah.
Jika anda dapat menguasai tip ke-6 ini, 5 tips terdahulu akan menjadi
semakin mudah dan anda akan mula berasa seronok dalam mempelajari apa jua
bahasa, terutamanya Bahasa Inggeris.
No comments:
Post a Comment