PANDUAN MENJAWAB KERTAS AKAUN SPM.
MASALAH:DISEKOLAH KAMI HANYA SEDIKIT SAHAJA PERATUS YANG MENDAPAT GRED A DALAM KERTAS AKAUN
CARA MENYELESAIKANYA:KEMUNGKINAN DENGAN PANDUAN INI ANDA AKAN LEBIH FAHAM UNTUK MENJAWAB KERTAS AKAUN.
CARA MENYELESAIKANYA:KEMUNGKINAN DENGAN PANDUAN INI ANDA AKAN LEBIH FAHAM UNTUK MENJAWAB KERTAS AKAUN.
Artikel ini akan cuba mengupas dan memberi panduan kepada pelajar-pelajar
tingkatan 4 dan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM khususnya bagi mereka
yang berhasrat mengambil mata pelajaran Prinsip Akaun. Panduan yang akan
diberikan adalah berkaitan dengan teknik-teknik menjawab soalan bagi mata
pelajaran ini yang berkisar pada semua tajuk yang terdapat di dalam sukatan
pelajaran Prinsip Akaun bagi tingkatan 4 dan 5 sekolah-sekolah menengah di
Malaysia.
Moga-moga panduan ringkas ini akan memberi manfaat kepada semua calon yang
mengambil mata pelajaran Prinsip Akaun bagi peperiksaan SPM. Ianya juga boleh
menjadi panduan berguna kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini.
Pengenalan
Mata pelajaran Prinsip Akaun adalah salah satu mata pelajaran elektif dalam
Kumpulan 3 (Teknologi dan Vokasional) dalam Kurikulum Bersepadu Selolah
Menengah (KBSM). Di bawah sukatan baru KBSM ini, peperiksaan bagi mata
pelajaran Prinsip Akaun telah bermula pada tahun 1993. Mata pelajaran ini tidak
bagitu popular di kalangan pelajar sekolah menengah di luar bandar tetapi bagi
sekolah-sekolah di bandar ianya sangat digemari.
Sebenarnya mata pelajaran ini mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi
dan amat berguna dalam kehidupan harian terutamanya dalam dunia perniagaan.
Ilmu perakaunan amat penting dalam persekitaran yang berorientasikan komersial
pada hari ini. Sekurang-kurangnya mereka yang mempunyai asas ilmu perakaunan
akan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian, jika mereka menjalankan
usaha perniagaan sendiri misalnya.
Kertas Peperiksaan
Tujuan peperiksaan ini adalah untuk menguji pengetahuan calon tentang
keseluruhan isi kandungan sukatan pelajaran yang meliputi kebolehan-kebolehan
memahami, mentafsir maklumat, mengaplikasi dan membuat penilaian tentang
perakaunan. Ia juga bertujuan menguji kemahiran calon-calon yang meliputi
pemahaman tentang konsep- konsep, prinsip-prinsip, kaedah-kaedah dalam amalan
perakaunan dan pengendalian akaun-akaun yang tekal dan jitu.
Oleh itu peperiksaan bagi kertas ini menuntut kekemasan, ketepatan dan
kecekapan calon dalam menyelesaikan pelbagai bentuk masalah dalam bidang
perakaunan yang mereka pelajari selama dua tahun.
Penguasaan Isi Kandungan
Di dalam sukatan Prinsip Akaun ini kefahaman asas tentang Kitaran
Perakaunan amat perlu dititikberatkan. Sebagai contoh, jika diimbas kembali
lima kertas peperiksaan yang lepas, solan 1 dan soalan 2, adalah menguji
kefahaman calon tentang konsep Kitaran Perakaunan. Soalan 1 adalah berakaitan
dengan dokumen-dokumen perniagaan. Calon-calon dikehendaki menyediakan
Buku-buku Catatan Pertama berdasarkan dokumen-dokumen yang diberi dan
seterusnya menyediakan catatan-catatan dalam akaun-akaun lejar sehinggalah
menyediakan Imbangan Duga.
Bagai Soalan 2 pula, biasanya diberi Imbangan Duga dan calon-calon
dikehendaki menyediakan Akaun Penamat (Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira)
bagi perniagaan milik tunggal atau perniagaan perkongsian. Penguasaan dalam
Kitaran Perakaunan ini amat penting kerana kedua-dua soalan ini menghasil
hampir 50% daripada keseluruhan markah penuh (soalan satu – 29 markah dan
soalan dua – 19 markah).
Tetapi ini tidak bermakna para pelajar hanya mesti memberi tumpuan kepada
dua soalan itu sahaja kerana masih banyak soalan daripada tajuk-tajuk lain akan
disoal. Oleh itu menguasai semua tajuk amatlah penting dalam usaha memperolehi
gred pencapaian yang lebih cemerlang kerana skop dan isi kandungan mata
pelajaran ini amat luas.
Belajar Awal
Kemahiran asas tentang tajuk ini dipelajari pada tingkatan 4. Oleh itu para
pelajar dinasihatkan supaya memberi perhatian yang berat ketika mereka
mula-mula belajar Prinsip Akaun pada tingkatan 4. Para pelajar tingkatan 4 yang
ingin mengambil mata pelajaran ini diharap akan berusaha dengan
bersungguh-sungguh sejak hari pertama lagi mereka belajar Prinsip Akaun.
Dengan kata lain kefahaman asas anda tentang konsep-konsep perakaunan perlu
dipelajari dan dikuasai sejak awal-awal lagi. Jika anda tidak dapat menguasai
perkara tersebut, berkemungkinan anda akan menghadapi kesukaran mempelajari
tajuk-tajuk seterusnya terutamanya di tingkatan 5. Oleh itu tumpuan dan
perhatian yang berat perlu diberi pada awal tahun di tingkatan empat. Jangan
leka dan membuang masa dengan menganggap “di tingkatan empat peperiksan SPM
masih jauh”.
Kesilapan yang sering para pelajar lakukan ialah menganggap peperiksaan SPM
masih jauh ketika mereka berada di tingkatan 4. Keadaan ini jika berlaku akan
menyebabkan mereka akan belajar di saat-saat akhir peperiksaan SPM akan
bermula. Dengan keadaan ini besar kemungkinan mereka tidak sempat mengulangkaji
dan menguasai semua isi pelajaran bagi semua mata pelajaran yang diambil di
dalam peperiksaan.
Dengan belajar awal para pelajar tidak akan terburu-buru dan merasa gelabah
apabila peperiksaan sebenar hampir tiba. Dengan cara ini juga pelajar dapat
membaiki segala kelemahan dalam menguasi isi pelajaran dengan mengulangkaji
apa-apa yang telah dipelajari dan menyiapkan diri dengan membuat
latihan-latihan yang berkaitan. Mereka juga mempunyai peluang dan masa yang
mencukupi untuk berbincang dengan rakan- rakan dan guru-guru bagi mengatasi
segala masalah yang dihadapi.
Selain daripada belajar awal, para pelajar juga mesti belajar secara tekal
dan berterusan tanpa mengambilkira sama ada pada musim peperiksaan atau bukan
musim peperiksaan. Belajar dari awal secara berterusan dan sistematik,
inshaallah akan dapat membantu calon memahami dan menguasai setiap kandungan
isi pelajaran yang mereka belajar.
Panduan Am Peperiksaan
Berikut adalah beberapa panduan am peperiksaan yang boleh digunakan bagi
menjawab soalan Prinsip Akaun. Antaranya ialah:
1. Calon-calon hendaklah memulakan jawapan bagi setiap soalan pada
halaman/muka surat yang baru.
2. Calon juga hendaklah menulis degan jelas nombor soalan yang dijawab.
3. Susun kertas jawapan anda mengikut urutan kertas soalan setelah selesai
menjawab.
4. Gunakan kertas jawapan yang dibekalkan mengikut kesesuaian soalan.
5. Jangan gopoh ketika membuat pengiraan.
6. Susun akaun-akaun yang dibuat dengan sempurna supaya memudahkan sistem
catatan bergu dibuat.
7. Untuk mengelakkan pembaziran masa, jawab soalan yang difikirkan mudah
terlebih dahulu.
8. Peruntukkan masa bagi menjawab sesuatu soalan sesuai dengan peruntukan
markah bagi soalan berkenaan.
9. Calon hendaklah menulis angka giliran dan nombor kad pengenalan di
setiap helaian kertas jawapan yang digunakan.
10. Semak semula semua kerja, jika masa mengizinkan.
11. Calon-calon dinasihatkan supaya membaca dan memahami semua arahan di
muka hadapan kertas soalan.
12. Sebelum menghadapi peperiksaan calon-calon dinasihatkan supaya selalu
membuat banyak latihan dengan merujuk kepada soalan-soalan peperiksaan
tahun-tahun lepas.
13. Dengan cara ini diharap dapat meningkatkan kecekapan, kemahiran dan
ketepatan ketika menjawab soalan.
Kelemahan-kelemahan Umum Calon
Beberapa kelemahan atau kesalahan umum calon di dalam peperiksaan kertas
Prinsip Akaun yang telah dikenal pasti. Antaranya ialah:
1. Menjawab soalan dengan terlalu gopoh.
2. Tidak memahami kehendak/tugasan soalan terutamanya bagi pelarasan.
3. Cuai dalam membuat pengiraan.
5. Tidak dapat menguasai format akaun yang betul.
6. Tidak mempunyai kaedah penyelesaian yang sistematik dan teratur.
7. Lemah dalam kemahiran mengira dengan cepat.
8. Tidak menjawab mengikut kehendak soalan.
9. Kurang membuat latihan/latih tubi yang mencukupi.
10. Membuang masa atau tidak pandai merancang dan mengagihkan masa mengikut
kehendak soalan dan peruntukan markah.
11. Tidak berkebolehan menggunakan maklumat dan butir-butir yang disediakan
di dalam soalan dengan teliti.
12.Tulisan tidak kemas dan sukar dibaca. Angka-angka tidak ditulis dengan
jelas.
13. Catatan-catatan dalam jurnal dan lejar tidak dibuat dengan teratur.
No comments:
Post a Comment