5 Tips Belajar
Menghafal Dengan Berkesan
Posted on
11/02/2011 in Pendidikan | by Pentadbir
MASALAH:PELAJAR SUSAH MENGHAFAL
PENYELESAIANYA:TERDAPAT TIPS HAFALAN DENGAN BERKESAN DAPAT MEMBANTU MURID.
1.Salah satu kaedah
belajar adalah dengan menghafal. Contohnya menghafal formula Matematik, menghafal perkataan
yang menarik dan menghafal fakta-fakta Sejarah. Teknik ini adalah salah satu cara paling baik untuk mengingati
sesuatu.
Namun,
kebanyakkannya sekadar menghafal tanpa memahami walau satu perkataan sekalipun.
Apakah tips menghafal dengan berkesan?
1. Hafal
dan faham. Pemahaman
sesuatu perkara adalah asas paling penting dalam proses belajar.
Tiada gunanya menghafal walau seribu formula
jika satu pun tidak faham. Kesan buruknya tidak tahu formula mana perlu
digunakan untuk sesuatu masalah. Asas pemahaman boleh dibentuk dalam kelas
bersama guru dan juga rakan-rakan yang lebih pintar.
2.
Menghafal dan melakukan apa yang dihafal. Dalam erti kata yang lain melakukan ulangkaji. Contoh
paling mudah adalah formula Matematik.
Umum mengetahui formula Matematik memang susah
diingati tetapi apabila menghafal dan kerap melakukan ulangkaji, pasti dengan
mudah dapat menguasai formula tersebut.
3.Hafal dan tulis.
Untuk
mengingati semua perkara mungkin mustahil tetapi untuk membaca semua perkara
memang tidak mustahil. Jadi, tulis setiap formula, setiap fakta pada buku.
Kemudian baca dan baca setiap masa.
4.Menghafal
dalam keadaan tenang.
Maksudnya dalam minda yang segar tanpa
keletihan atau tekanan. Contohnya, selepas bangun tidur waktu pagi, ketika
sedang berehat di ruang tamu dan ketika sedang beristirehat di bawah pokok.
Menghafal dalam keadaan yang tenang dapat meningkatkan fokus dan juga pemahaman
sesuatu perkara.
5.Menghafal
dan suka perkara yang dihafal.
Tak kenal maka tak cinta. Sama juga halnya
dengan menghafal. Perlu ada minat dan sifat suka pada perkara yang dihafal
barulah tidak cepat berasa bosan.
~ Apabila
minat datang, maka lebih mudah perkara yang dihafal diserap ke minda~
No comments:
Post a Comment